ISU TELEFON BIMBIT
Isu membawa telefon ke sekolah oleh murid-murid merupakan isu lama ketika Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 1997 telah melarang para pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah namun kini isu tersebut kembali timbul dengan kenyataan berikut, “Pelajar akan dibenarkan untuk membawa telefon bimbit dan IT gajet ke sekolah mulai tahun depan selepas undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 dipinda” – Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.Mungkin jika dipandang secara kasar memang dasar ini untuk menggalakkan pendidik dan pelajar untuk menggunakan teknologi maklumat di abad ke-21 dan selaras selaras dengan langkah untuk melaksanakan pengajaran maya dan program pembelajaran Kementerian Pelajaran – “1Bestari” – di seluruh negara.Satu faktor lagi adalah kerana keselamatan pelajar dimana ibu bapa ingin menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi anak-anak mereka selepas sekolah.Walaubagaimanapun setelah mempertimbangkan aspek negatifnya yang lebih banyak maka pada hari ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan sebagaimana petikan akhbar di bawah. Beliau menyatakan ianya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009 yang jelas menerangkan akan larangan tersebut.Berita ini tentunya menimbulkan rasa lega di kalangan semua pihak agar perjalanan sistem pendidikan kita terus maju dan tidak tersangkut dengan isu-isu yang remeh-temeh.
BERMULA KEBERANIAN
Hari ini kalau tengok pelajar sekolah rendah darjah 4,5,6 hisap rokok itu adalah perkara biasa dan kalau tengok pulak pelajar sekolah menengah bermula dari tingkatan satu hingga keatas hisap rokok itu adalah lumrah.Tapi yg membinggungkan ialah anak perempuan yg sekolah menengah hisap rokok. Iye hisap rokok, ni mak bapak yg sibuk siang malam ni jangan ambil tidak tahu sahaja kegiatan anda di sekolah,atau di luar waktu sekolah. Anak harus di pantau dan di ikut kemana halanya bila dia mula membuat sibuk tidak tentu arah.
PENGURUSAN BILIK DARJAH
8 PENDEKATAN PENGURUSAN B.D
by Cikgu Bashid in Hal Ehwal Murid
1.Pendekatan Intimidation
Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan.
2.Pendekatan Autoritarian
Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan.
3.Pendekatan Cookbook Management
Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber.
4.Pendekatan Sosioemosi
Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.
5.Pendekatan Permisif (Kebebasan)
Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing.
6.Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku
Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.
7.Pendekatan Pengajaran
Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.
8.Pendekatan Proses Kumpulan
Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah.
Search
Sabtu, 17 Ogos 2013
SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN
JADIKAN SEMPADAN
Dalam ruangan ini,kita sebagai guru dan ibu bapa perlu merenung dan melihat gejala yang akan,sedang dan akan berlaku.Tanggungjawab bersama amat diperlukan untuk melahirkan generasi yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.
FUNGSI PENGURUSAN KELAS
Mengurus, Mengawalselia dan Mengadakan item-item/perkara berikut:
1. SUMBER MANUSIA
1. Sejumlah pelajar dalam kelas
2. SUMBER BUKAN MANUSIA
A. Instrumen / Alat kawalan
1. Buku Kedatangan Pelajar (Bukti legal)-Diisi oleh Guru Kelas dan dihantar seawal waktu ke-2)
2. Surat-Surat Amaran/Berhenti
3. Rekod Kehadiran P & P
4. Kad Keluar Kelas
5. Tanda nama
6. Tali leher
B. Inventori/peralatan di dalam kelas
1. Kerusi pelajar
2. Meja pelajar
3. Meja Guru
4. Kerusi Guru
5. Papan putih
6. Papan Kenyataan
7. Cermin Tingkap
8. Penyapu
9. Penyodok
10. Pemadam
11. Penyapu debu
12. Pen Marker
13. Kipas
14. Lampu
C. Organisasi Kelas
1. Jadual Waktu Kelas
2. Pelan kedudukan pelajar
3. Jawatankuasa kelas
4. Jadual Bertugas
5. Program Cermin Angkat-label nama pelajar yang terlibat dilekatkan di bhg atas
6. Senarai nama pelajar
7. Senarai inventori kelas (Ditandatangani Penyerahan & Penerimaan)-format disediakan
8. Plan laluan kebakaran
9. Pengumuman/panduan/pekeliling
10. Sudut mata pelajaran (Papan Kenyataan di belakang)
11. Sudut kehadiran pelajar (diisi setiap hari)-Kanan (pagi), Kiri (Petang)
12. Angkat kerusi apabila pulang
D. Maklumat Pelajar ( Dalam Fail )
a. Slip keputusan peperiksaan
b. Kad kesihatan/Kad Pergigian
c. Slip berhenti /Sijil Berhenti
d. Salinan KP/Sijil Beranak/Dll
E. Pelbagai Yuran/Bayaran Tambahan
F. Kebajikan/Buku Teks/Biasiswa/Kesihatan
G. Tugas-Tugas Pemantauan dan Kawalan Kelas
I.Bersama-sama pelajar di tapak roll call dan catat kehadiran
2.Memahami bahagian masing-masing bagi kelas berkongsi (cermin/papan kenyataan/sudut kehadiran)-Kanan (pagi) dan Kiri (Petang)
3.Menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan kelas masing-masing
Disediakan,
(Abd Bashid bin Harun)
KEPIMPINAN MURID
1 Agak lama saya tidak menulis. Ini bukan disengajakan tetapi saya benar-benar sibuk dengan pengurusan HEM pada awal sesi persekolahan. Banyak perkara yang harus dimantapkan dan sebahagiannya harus dimodulkan (mungkin juga akan dipatenkan) agar pengurusan seterusnya berjalan lancar.
2 Al-Hamdulillah pada hari ini saya telah menyelesaikan Modul Kepimpinan Pengawas SMK Kamunting yang buat pertama kali akan dibentangkan dalam Kursus Kepimpinan Pengawas SMK Kamunting pada 15 Januari depan.
3 Memang sulit untuk menghasilkan modul yang bersesuaian dengan persekitaran dan keperluan sekolah sendiri. Pemerhatian dan pengalaman selama hampir dua tahun di sekolah ini digunakan sebaik-baiknya untuk menjana modul yang saya kira sarat dengan saranan dan bimbingan dan mencukupi untuk menjadi panduan asas kepada pengawas dan guru pengawas.
4 Saya tidak mahu pengawas dibiarkan tanpa bimbingan dan panduan bertindak yang jelas.Saya mahu mereka benar-benar memahami fungsi dan tugas mereka sebagai pengawas, bukan melakukannya secara ikut-ikutan atau secara trial and error.
5 Saya mahu mereka bertindak dengan ilmu dan kemahiran, bukan menurut apa yang mereka sedia faham atau mengikut kefahaman guru pengawas. Saya mahukan setiap pengawas dan guru pengawas memahami tugas dan peranan pengawas yang betul dengan bertindak secara yang betul.
6 Justeru Modul Kepimpinan Pengawas yang bertemakan Pengawas Hari Ini Pemimpin Masa Hadapan setebal 35 muka surat ini dizahirkan.Mula-mulanya di atas kertas, dan selepas ini dijadikan panduan dan rujukan. Diharap ini bukan yang terakhir, tetapi akan terus ditambah baik dari semasa ke semasa.
Catatan GuruBashid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan